Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

51) SKIM RAWATAN JANTUNG NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penerima Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor mengikut daerah.

    Jumlah penerima bagi Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor sehingga 19 Ogos 2018 sejak dilancarkan pada 26 Februari 2018 adalah seramai 214 orang yang mana telah melibatkan perbelanjaan sebanyak RMM3,158,305.57. Daripada jumlah tersebut, seramai 52 orang pesakit telah menerima bantuan di antara RM20,000.00 sehingga RM299,845.00 seorang. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut :

    DAERAH BIL PESAKIT
    PETALING 56
    KLANG 55
    HULU LANGAT 38
    GOMBAK 30
    KUALA LANGAT 10
    SEPANG 8
    KUALA SELANGOR 7
    HULU SELANGOR 6
    SABAK BERNAM 4
    JUMLAH 214

Lampiran

Tiada Lampiran.