Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

87) SKIM RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sehingga kini, berapa dan manakah lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti untuk membina rumah mampu milik?

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum, projek perintis Perumahan Mampu Milik Selangor Konsep Baru telahpun dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor pada 3 Jun 2011. Projek tersebut berkepadatan rendah dengan 124 unit di kawasan berkeluasan 4 ekar.

    Selain itu, dalam tempoh 5 tahun (2011 – 2016) Kerajaan Negeri melalui PKNS telah mensasarkan untuk membina sejumlah kira-kira 11,000 unit rumah mampu milik dan tambahan 10,000 unit lagi untuk tempoh 5 tahun yang berikutnya. Lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti bagi pelaksanaan Projek Perumahan Mampu Milik Selangor Konsep Baru ini adalah di Seksyen U10 Shah Alam, Kg. Temenggong di Gombak, Taman Sains Selangor 2 di Sepang, Kota Puteri di Kuala Selangor, Antara Gapi dan Bernam Jaya di Hulu Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.