Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

115) SKIM-SKIM UNTUK GOLONGAN OKU

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selain Skim Khairat Kematian untuk OKU, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan skim-skim lain bagi membolehkan mereka berdikari dan mendapat pekerjaan.

    a) dan b)

     

    Kerajaan Negeri menyambut baik mengenai cadangan untuk menyediakan skim- skim khas kepada golongan OKU. Namun begitu, buat masa ini program-program berkenaan telah dilaksanakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMNS) melalui Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dengan menyediakan pelbagai jenis latihan asas, tunjuk ajar, pemulihan serta kemahiran yang bersesuaian kepada pelbagai kategori OKU. Program ini dilaksanakan bagi membolehkan mereka dapat menjalani kehidupan seharian seterusnya dapat berdikari dan mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan latihan yang diberikan mengikut kesesuaian pasaran kerja.

     

    Di antara bentuk bantuan yang disediakan kepada golongan OKU adalah seperti berikut :-

     

    1. Pendaftaran OKU
    2. Latihan vokasional dan pemulihan perubatan di PLPP Bangi
    3. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
    4. Disability Equality Training (DET)
    5. Job Coach
    6. Independent Living (IL)
    7. Kaunseling
    8. Elaun Pekerja Cacat – RM300.00
    9. Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB) – RM 150.00
    10. Geran Pelancaran – maksimum RM2,700.00
    11. Bantuan Alat Tiruan / Sokongan (BAT) – berdasarkan kepada harga alat tiruan / sokongan
    12. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik – 00

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.