Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

211) SKIM SMART SEWA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Skim Smart Sewa memanfaatkan mereka yang tidak mampu membayar sewaan pasaran memandangkan harga sewaan unit di bawah skim ini tidak berbeza dengan harga sewaan pasaran?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Smart Sewa dengan objektif utama adalah bagi membantu golongan yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan dan masih belum memiliki kediaman supaya dapat menyewa kediaman yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan kadar sewa yang berpatutan berbanding harga pasaran. Ini kerana kadar sewaan yang diberikan adalah lebih rendah sekitar 10% daripada kadar pasaran. Selain itu, penyewa juga akan diberikan pemulangan sewaan (refund) sebanyak 30% daripada kadar sewa yang dibayar. Secara keseluruhan, penyewa telah menikmati kadar sewa yang jauh lebih rendah sekitar 40% berbanding kadar sewaan pasaran sebenar.

    Dengan pengembalian sebanyak 30 peratus wang sewaan bersih kepada pemohon maka wang tersebut boleh dijadikan sebagai wang pendahuluan dalam pembelian Rumah Selangorku pada masa akan datang. Kerajaan Negeri melalui LPHS akan memberikan keutamaan dalam penawaran kepada pemohon berkenaan untuk ditawarkan mana-mana projek Rumah Selangorku sedia ada sekiranya terdapat kekosongan unit dengan pemohon memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.