SKIM SMART SEWA PERUMAHAN
59) SKIM SMART SEWA PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pencapaian dan penerimaan rakyat Selangor, hasil daripada Skim Smart Sewa yang diperkenalkan?
Untuk makluman Yang Berhormat, memandangkan skim Smart Sewa ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari golongan millennials, pada tahun 2017 Kerajaan Negeri telah meningkatkan pembiayaan Skim Smart-Sewa kepada RM100 juta untuk membeli unit-unit rumah di lokasi strategik yang akan disewakan kepada mereka yang berkelayakan. Setakat ini sebanyak 861 unit rumah mampu milik telah pun diproses untuk pemilikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) dilantik sebagai agen pengurusan bagi melancarkan pelaksanaan skim ini. Berdasarkan rekod, akibat kegagalan mendapatkan pinjaman perumahan Rumah Selangorku, dijangkakan seramai 4,967 pemohon yang berminat untuk menyewa di bawah Skim Smart
