Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

107) SKIM TABUNG AMANAH PERKUBURAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan kerajaan Negeri Selangor dalam Skim Dana Tabung Amanah Perkuburan ini?

    Kerajaan Negeri tiada menyediakan sebarang peruntukan tabung khas bagi pembangunan tanah perkuburan bagi sesuatu kaum. Walau bagaimanapun, sebuah tabung Akaun Amanah Perkuburan yang dianggotai oleh Jawatankuasa yang dianggotai oleh Jawatankuasa Akaun yang terdiri daripada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.B. Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Bendahari Negeri dan semua Pentadbir Tanah Daerah telah ditubuhkan bagi memastikan fungsi dan tanggungjawab jawatankuasa ini dilaksanakan.

    Tujuan penggunaan wang dalam Akaun Amanah Caruman Kubur :

    1. Perbelanjaan untuk pembiayaan penyediaan tapak perkuburan atau kos pengambilan tanah bagi perkuburan Orang Islam dan Bukan Islam atau urusan pembayaran yang berkaitan dengannya ; dan
    2. Lain-lain perbelanjaan yang berkaitan pengurusan dan pembangunan perkuburan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Akaun.

Lampiran

Tiada Lampiran.