Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

12) SKIM TUNAS

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat kelewatan pembayaran kepada pengusaha pengusaha tadika dan kenapakah perkara ini masih berlaku?

    Permohonan bagi mendapatkan Skim TUNAS untuk setiap tahun akan dibuka mulai 1 November dan akan ditutup pada awal tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, bagi tahun 2016 Skim Tunas telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta menjadikan peruntukan keseluruhan Skim TUNAS 2016 adalah sebanyak RM5 juta. Atas faktor tersebut, tarikh tutup permohonan Skim TUNAS 2016 dilanjutkan sehingga 29 Mac 2016 yang menyebabkan sedikit kelewatan proses penilaian bagi tujuan kelulusan olehRMSB sebelum senarai pemohon yang berjaya dapat dikemukakan kepada UPEN dan PNS bagi kelulusan directgrant. RMSB bersama-sama Unit Pendidikan BPSM sentiasa berusaha untuk memastikan kelancaran kelulusan permohonan dan agihan bayaran kepada setiap pengusaha tadika supaya bantuan ini memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.