Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

6) SKIM VSS KAKITANGAN KHSB

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Lembaga Pengarah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) telah meluluskan skim VSS pada 23 April 2009. Atas dasar apakah skim ini diluluskan dan mahu dilaksanakan?

    1. Pelaksanaan skim ini akan dirujuk kepada pentadbiran Kerajaan Negeri sebelum dilaksanakan. Tujuan skim ini adalah seperti berikut :

     

    1. i) Menyelaras dan menyusun semula struktur guna tenaga mengikut kesesuaian operasi syarikat;

     

    – Jumlah kakitangan yang tinggi iaitu seramai 154 orang hasil daripada penggabungan antara SAP Holdings Berhad dan Brisdale Holdings Berhad pada tahun 2003. Jumlah ini tidak setimpal dengan aktiviti syarikat, apatah lagi ketika ini Brisdale Holdings Berhad telah tidak lagi berada di bawah KHSB.

     

    1. ii)    Memperbaiki kedudukan kewangan syarikat;

     

    • KHSB berhadapan dengan prestasi kewangan terutamanya aliran wang tunai syarikat yang serius bagi menampung kos operasi serta lain-lain komitmen yang merangkumi anggaran tanggungan bulanan sebanyak RM2.4 juta.
    • Komitmen pembayaran balik pinjaman kepada CIMB Bank berjumlah RM60.0 juta iaitu RM2.0 juta setiap suku tahun bagi tahun 2009 dan 2010. Jumlah ini bertambah menjadi RM19.25 juta bagi setiap suku tahun bagi dua (2) tahun berikutnya.

     

    • Mengoptimumkan produktiviti dan memperbaiki sistem pengurusan yang lebih   efektif daripada segi laporan dan tanggungjawab setiap kakitangan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.