Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

150) SKIM WANITA LADANG (WALA)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci apakah status terkini WALA

    Program Wanita Ladang (WALA) Selangor telah memulakan operasi pada April 2012 dan melalui proses penambahbaikan dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun pada Ogos 2014, program ini ditangguhkan bagi memberi ruang kepada kerajaan untuk mengkaji semula kaedah perlaksanaan supaya lebih efisien dan efektif di samping memastikan objektif perlaksanaan program tercapai. Ini juga merupakan lanjutan dari maklumbalas oleh Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan yang dipengerusikan oleh YB Hulu Kelang menjustifikasikan program WALA Selangor sebagai gagal mencapai Ini kerana program ini dilihat gagal untuk mengupayakan peserta supaya berdikari dan tidak hanya mengharapkan elaun kehadiran semata-mata. Sedangkan objektif awal perlaksanaan adalah untuk mengupayakan wanita di ladang. Sepanjang perlaksanaan program seramai 649 orang yang mewakili 23 ladang di negeri Selangor berjaya menyertai program ini. Setiap peserta akan dilibatkan di dalam bengkel dan latihan kemahiran bagi mempersiapkan mereka untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga. Sepanjang penglibatan di dalam program berbentuk bengkel dan latihan kemahiran, para peserta akan menerima elaun kehadiran. Kerajaan negeri melalui agensi bertanggungjawab akan menggerakkan semula program di mana tidak terhad kepada golongan wanita di ladang malah akan dikembangkan lagi kepada golongan OKU, ibu tunggal dan lain-lain golongan dalam usaha kerajaan untuk mengupayakan golongan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.