Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

61) SKUAD COMBI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan Skuad Combi bagi menangani wabak penyakit berjangkit setempat seperti denggi?

    Bagi memperkasakan aktiviti Combi, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti Combi bagi memberi kesedaran kepada komuniti dan masyarakat tentang perlunya menjaga kebersihan persekitaran daripada pembiakan Aedes. Antara aktiviti yg dilaksanakan adalah :

     

    1. Bengkel memperkasakan sukarelawan Combi seluruh daerah di Negeri Selangor bagi memberi latihan kepada sukarelawan Combi menyampaikan mesej yang berkesan kepada komuniti.

     

    1. Mengadakan bengkel  kepada golongan belia bagi pelapis Combi.

     

    1. Memperkasakan aktiviti Combi dalam kalangan pelajar sekolah sama ada sekolah rendah mahu pun sekolah menengah.

     

    1. Program cari dan musnah setiap minggu oleh komuniti Combi.

     

    1. Gotong royong secara berkala.

     

    1. Travelog Combi yang mana perkongsian idea dan pengalaman oleh ahli-ahli Combi. Kawasan tumpuan adalah kawasan wabak tak terkawal dan hotspot.

     

    1. Membuka pondok panas (pit stop).

     

    8. Mengadakan pertemuan bersemuka dengan semua lokaliti COMBI secara mingguan oleh semua penyelaras daerah bagi mengaktifkan, melatih dan memberi semangat selain memperkukuhkan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan komuniti.

Lampiran

Tiada Lampiran.