Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

251) SKUAD KHAS ‘FIRST AID’ TAMPAL JALAN KAMPUNG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Iklim negara bercirikan banyak hujan, kawasan kampung pinggiran bandar adalah tempat pekerja di bandar tinggal. Status jalan yang masih di lot persendirian selalu berlubang dan merbahaya, adakah atas dasar keprihatinan boleh mewujudkan pasukan khas mengurangkan risiko kemalangan menampal lubang jalan?

    Pejabat Daerah/Tanah Klang tiada Skuad Khas ‘First Aid’ Tampal Jalan Kampung di tanah persendirian kerana ianya merupakan tanggungjawab pemilik tanah terhadap tanah memiliknya.

Lampiran

Tiada Lampiran.