Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

96) SLIP GAJI PEGAWAI PEJABAT DUN TIDAK MELEPASI PINJAMAN BANK UNTUK PINJAMAN MEMBELI RUMAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri dapat membantu pegawai-pegawai pejabat ADUN di Negeri Selangor agar membolehkan mereka membuat pinjaman bank untuk membeli rumah, sedangkan slip gaji mereka tidak melepasi pinjaman tersebut ?

    Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap kebajikan pegawai-pegawai di Pejabat

    Y.B. Ahli Dewan Negeri dengan memastikan mereka menikmati gaji melebihi RM1,500.00/bulan. Berdasarkan rekod Pejabat Dewan Negeri setiap Pegawai akan memperoleh pendapatan sebanyak RM 1,780.00/bulan dengan caruman KWSP sebanyak RM220.00 sebulan. Berdasarkan pendapatan tersebut, mereka layak untuk memohon Rumah Selangorku Jenis A dengan  keluasan 700 kaki persegi pada harga RM42,000.00. Kebanyakan pihak Bank akan menetapkan 40% daripada gaji bebas daripada bebanan hutang lain sebelum meluluskan pinjaman kepada pegawai yang berkaitan.

    Walau bagaimanapun, sekiranya mereka gagal mendapatkan pinjaman bank, Kerajaan Negeri telah menyediakan DanaSel untuk membantu mendapatkan rumah tersebut. DanaSel merupakan Skim Sewa-Beli yang dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) kepada mereka yang gagal mendapat pinjaman bank untuk memiliki Rumah Selangorku Jenis A.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.