Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

274) SMART IPR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini SMART IPR?

    Pembangunan projek Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) ini bermula pada 14 Mac 2019 dan terbahagi kepada dua fasa pembangunan. Pembangunan fasa 1 dijangka akan siap pada 14 November 2019 dan pembangunan fasa dua dijangka siap pada 18 Ogos 2020.

    Seperti sedia maklum, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor telah membuat pengumuman rasmi tentang pendaftaran Permohonan Program IPR untuk Skim Air Darul Ehsan yang bermula pada 30 September hingga 31 Disember 2019.

    Skop kerja SSIPR adalah seperti berikut:

    • Pembangunan Sistem Portal SSIPR
    • Pembangunan Back Office SSIPR
    • Pembangunan Aplikasi Mobile Android dan IOS
    • Pembangunan Pengkalan Data SSIPR
    • Pembangunan API & Penyelarasan Data
    • Training and Transfer of Technology

    STATUS KEMAJUAN PEMBANGUNAN PROJEK

    Sehingga 18 Oktober 2019, status kemajuan Pembangunan SSIPR telah mencapai 52% dan berikut merupakan peratusan pembangunan mengikut skop kerja yang telah ditetapkan :

    • Provision Infrastructure Setup for Cloud – 100%
    • Perancangan dan Keperluan Pengguna – 99%
    • Pembangunan Back Office SSIPR – 98%
    • Pembangunan Pengkalan Data SSIPR Fasa 1 – 98%
    • Pembangunan Sistem Portal SSIPR Fasa 1 – 98%
    • Pembangunan API & Penyelarasan Data Fasa 1 – 81%
    • Pembangunan Aplikasi Mobile SSIPR – 98%
    • Pengujian Komprehensif Fasa 1 – 16%
    • Pembangunan Sistem Portal SSIPR Fasa 2 – 58%
    • Pembangunan API & Penyelarasan Data Fasa 2 – Belum Bermula
    • Pengujian Komprehensif Fasa 2 – Belum Bermula
    • Training and Transfer of Technology (TOT) – Belum Bermula

    Manakala, bagi status kemajuan pengintegrasian SSIPR bersama sistem sedia ada pula telah mencapai 71% yang melibatkan lapan (8) Skim IPR untuk fasa pertama seperti berikut :

    1. SPBT & Selgate : Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
    2. SPBT & Selgate : Skim Peduli Sihat (SPS)
    • YAWAS : Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
    1. Makro UPEN dan Air Selangor : Bekalan Air Percuma 20 Meter Padu
    2. YAWAS : Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
    3. YAWAS : Skim Kesihatan Wanita (MammoSel)
    • SPBT : Bantuan Sihat Selangor
    • LPHS : Skim Rumah Selangorku

     

Lampiran

Tiada Lampiran.