Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

28) SMART-IPR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status perlaksanaan pangkalan data Smart-IPR dan status terkini penjajaran semula program-program IPR?

    Ramai dikalangan Ahli Dewan Negeri telah membangkitkan mengenai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela serta memenuhi wawasan ‘shared prosperity’.

     

    Sukacita dimaklumkan di sini, program IPR adalah program jangka panjang kerajaan yang bertujuan untuk membantu rakyat dan seterusnya kerajaan akan berusaha untuk memberdayakan rakyat sebagai matlamat akhir kerajaan.

     

    Bagi tahun 2019, agenda pelaksanaan program-program IPR diteruskan secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan (empowerment) kepada para penerima manfaat IPR di Selangor.

     

    Oleh itu, sudah tiba masanya Negeri Selangor, mengorak langkah ke suatu paradigma yang baharu sejajar dengan cita-cita untuk menjamin kebajikan rakyat negeri berteraskan suatu upaya strategik dalam menguruskan sumber negeri yang terbatas.

     

    Selain itu, penjajaran IPR juga akan mengambil kira perkara seperti

    berikut:

    1. i) Penekanan konsep daripada pemberian kepada

    pengupayaan (empowerment);

     

    1. ii) Penekanan kepada program-program kesedaran; dan

     

    iii) Fokus kepada kumpulan sasar yang tepat.

     

    Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengadakan Persidangan Pengendali Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) pada Februari 2019. Hasil daripada persidangan tersebut, 43 Program IPR telah dicadangkan untuk dijajarkan kepada 3 kategori utama yang menjadikan jumlah program IPR terkini adalah sebanyak 33 program iaitu seperti berikut:

     

    1. i) Diteruskan seperti ada (merangkumi 18 Program IPR);

     

    1. ii) Diteruskan Dengan Penjajaran iaitu secara:

     

    1. a) Pindaan dari segi perubahan program, syarat kelayakan,

    mekanisme pelaksanaan, kuota penerima dan lain-lain

    pindaan (merangkumi 15 Program IPR); dan

     

    1. b) Kolaborasi dengan program IPR sedia ada (merangkumi 9

    Program IPR).

     

    (Keterangan lanjut seperti lampiran I)

    ­­­­­­­­­­­­­­­­­­­

    Kerajaan Negeri Selangor melalui syarikat Communication Corporation Sdn. Bhd. (CCSB) secara proaktifnya telah melantik syarikat Smart Tech Tank Sdn. Bhd. (STT) pada 1 Mac 2019 bagi pembangunan Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) Negeri Selangor. Tempoh pelaksanaan adalah selama dua (2) tahun iaitu 2019-2020 yang merangkumi 1 tahun pembangunan, 1 tahun waranti dan penyelenggaraan.

     

    Pelaksanaan pembangunan Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) dibangunkan secara berfasa :

     

    1. Pada 8 Mac 2019 (Jumaat), ‘Kick Off’ Projek Pembangunan Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bilangan 1 Tahun 2019.
    2. Hasil daripada penjajaran yang dilaksanakan oleh pihak UPEN, reka bentuk pangkalan data bagi fasa pertama melibatkan lapan (8) skim IPR telah 100% siap sepenuhnya dan akan dilancarkan pada 30 Ogos 2019. Skim IPR tersebut adalah seperti berikut :

     

    1. SPBT & Selgate : Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
    2. SPBT & Selgate : Skim Peduli Sihat (SPS)
    3. YAWAS : Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
    4. Makro UPEN dan Air Selangor : Bekalan Air Percuma 20 Meter Padu
    5. YAWAS : Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
    6. YAWAS : Skim Kesihatan Wanita (MammoSel)
    7. SPBT : Bantuan Sihat Selangor
    8. LPHS : Skim Rumah Selangorku

     

    • Manakala, pembangunan SSIPR bagi fasa kedua melibatkan skim selebihnya iaitu 25 IPR akan dilancarkan mengikut Jadual Perancangan Pembangunan Projek SSIPR pada 5 Mac 2020.

     

    1. Status kemajuan pengintegrasian SSIPR bersama sistem sedia ada sehingga kini adalah sebanyak 65% yang melibatkan 13 skim IPR seperti berikut :
    2. HIJRAH Selangor : Skim Hijrah Selangor
    3. LPHS : Skim Rumah Selangorku
    4. PPAS : Perpustakaan Bergerak Smart Selangor
    5. BPSM : Hadiah Pengajian IPT
    6. BPSM : Program Khas Peduli Siswa*
    7. Makro UPEN : Bas Smart Selangor
    8. MBI : Wifi Smart Selangor
    9. SITEC : Apps 100 & Online 100
    10. LPHS : Bantuan Bina dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin)
    11. Bantuan Kebajikan Masyarakat (Bantuan Am)
    12. SPBT : Bantuan Sihat Selangor
    13. Sektoral : Kasih Ibu Smart Selangor
    14. SPBT : Skim Peduli Sihat

    Pihak STT sedang dalam tindakan penyediaan User Requirement System (URS) bagi 33 skim IPR dengan status kemajuan sebanyak 80%.

     

    1. Status keseluruhan pembangunan portal SSIPR sehingga Julai 2019 adalah sebanyak 34%. Walau bagaimanapun, skim Bekalan Air Percuma 20 Meter Padu bagi kegunaan pihak Air Selangor telah tersedia dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

    Pembangunan Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) Negeri Selangor sebagai portal gerbang digital IPR, mempunyai bank data IPR bagi kemudahan pemohon IPR memohon secara atas talian akan mempunyai ciri-ciri Single Sign On, Data Berpusat, Korelasi dengan pemetaan data, Enkripsi Data dan Papan Pemuka.

    Lampiran I

    IPR dijajarkan kepada 2 kategori utama dengan perincian butiran

    seperti berikut:

     

    BIL. DITERUSKAN SEDIA ADA
    1. Bas Smart Selangor

     

    2. Wifi Smart Selangor

     

    3. Smart Selangor Mobile Library

     

    4. Pengecualian Cukai Pintu

     

    5. Pengecualian Fi Lesen Penjaja

     

    6. Skim Smart Sewa

     

    7. Skim Rumah Selangorku

     

    8. Skim Dana Sel (Rent To Own)

     

    9. Skim CERIA

     

    10. Bantuan Asuhan Anakku Pintar

     

    11. Skim Kesihatan Wanita (Mammosel)

     

    12. Program Pendidikan Anak Pekerja Ladang

     

    13. Bantuan Am JKM

     

    14. Selangor Brain Bank

     

    15. Latihan Usahawan IT – SITEC

     

    16. HIJRAH Selangor

     

    17.

     

    Blueprint Kemiskinan

     

    18. Jom Shopping

     

     

    DITERUSKAN DENGAN PENJAJARAN
    PINDAAN KOLABORASI BERSAMA IPR SEDIA ADA
    19. Skim Peduli Sihat (SPS)

     

     

    Saringan Sihat Selangor kepada Skim Peduli Sihat

     

    20. Bantuan Sihat Selangor

     

    Panel Dialisis Sihat Selangor kepada Bantuan Sihat Selangor
     

    21. HPIPT

     

    Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) kepada HPIPT
    Bantuan Sara Diri Anak Selangor kepada HPIPT
     

     

    22. IKTISASS

     

    Biasiswa Program Kemahiran Teknikal – INPENS kepada IKTISASS
    PROGRESS kepada IKTISASS
     

     

     

    23. Peduli Siswa

     

    Program Khas Biasiswa Selangorku kepada Peduli Siswa
    Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor kepada Peduli Siswa
    Biasiswa Khas Sagong Tasi kepada Peduli Siswa
    24. Dana Usahawan Mikro

    (DUMS)

     

    Mentor Kraf dijajarkan bersama DUMS
    25. Tuisyen Online

     

     
    26. Program Tuisyen Rakyat

    Selangor

     

     
    27. Program Bantuan

    Sekolah Negeri Selangor

     

     
    28. Insentif Perkahwinan

    Belia

     

     
    29. Bantuan Bina dan Baiki

    Rumah Kerajaan Prihatin

     

     
    30. Pemberian 20 meter padu

    Air Percuma

     

     
    31. Kasih Ibu Smart Selangor

    (KISS)

     

     
    32. TUNAS  
    33. Skim Mesra Usia Emas

    (SMUE)

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.