Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

83) SMART SELANGOR CCTV

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kajian dan penyelidikan yang telah atau sedang dibuat oleh Smart Selangor tentang penggunaan CCTV yang efektif untuk menangani isu trafik, keselamatan, pembuangan sampah secara berleluasa di pusat komersial dan perumahan dan penguatkuasaan kesalahan parking?

    Pihak Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) telahpun mengadakan pembentangan kertas kerja bagi melaksanakan projek perintis pemantauan aliran trafik menggunakan CCTV kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Negeri Selangor. Kelulusan telahpun diterima daripada pihak JPICT pada bulan Mei 2018.

    Justeru, pihak SSDU telahpun mengadakan beberapa sesi perbincangan, perancangan dan kolaborasi bersama pihak Kumpulan Sunway City, Universiti Monash dan Majlis Perbandaran Subang Jaya bagi tujuan melaksanakan projek perintis pemantauan aliran trafik di kawasan persekitaran bandar Sunway yang melibatkan beberapa jalan utama seperti Jalan Lagoon Timur, Jalan Lagoon Selatan, Jalan SS13 dan Persiaran Kewajipan. Pelaksanaan projek perintis ini dijangka akan siap sepenuhnya pada suku pertama 2019.

    Bagi penggunaan CCTV untuk meningkatkan keselamatan awam, SSDU sedang bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk membolehkan penyaluran live feed 414 CCTV daripada sebelas (11) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berada di bawah kelolaan UPEN ke Smart Selangor Command Center. Ini akan membolehkan live feed CCTV tersebut dianalisa oleh perisian bagi tujuan image data analytics yang akan meningkatkan keupayaan pemantauan ke paras yang jauh lebih berkesan dari sekarang.

    Untuk tahun 2018, SSDU bercadang untuk menjalankan projek rintis di satu PBT untuk tujuan penguatkuasaan parkir dan pembuangan sampah haram. SSDU telah melaksanakan Technology Qualification Process untuk data analytics CCTV di Smart Selangor Command Centre dengan beberapa pembekal teknologi semenjak April 2018. Teknoloji ini akan dikembangluas untuk menguji keberkesanannya ke beberapa tapak percubaan tambahan pada suku keempat 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.