Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

181) HOMESTAY

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah homestay dari 2016-2018 mengikut PBT dan apakah syarat utama untuk pembinaan homestay?

    Sebanyak 15 homestay atau inap desa yang berdaftar di bawah Program Homestay di Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC). Senarai bilangan homestay tersebut mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT JUMLAH HOMESTAY
    MPSepang 1
    MPS 1
    MDKL 5
    MDHS 1
    MDKS 2
    MDSB 5
    JUMLAH 15

     

     

                           

     

     

    Nota: Sumber data dari Motac

    Berikut merupakan syarat-syarat utama bagi pembinaan homestay berdasarkan takrifan  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) :

    1. Harus mempunyai sekurang-kurangnya 10 buah rumah bagi setiap kluster homestay;
    2. Bagi rumah panjang, harus mempunyai sekurang-kurangnya 10 unit rumah di dalam sesebuah kluster rumah panjang berkenaan;
    3. Maksimum 4 buah bilik sahaja disediakan oleh seorang tuan rumah kepada pelancong;
    4. Mempunyai kemudahsampaian dari segi perhubungan dan pengangkutan;
    5. Menjaga tahap kebersihan rumah kediaman dan kawasan persekitaran kampung;
    6. Menjaga keselamatan pelancong sepanjang penglibatan;
    7. Menawarkan dan melibatkan pelancong dalam aktiviti-aktiviti masyarakat kampung seperti menoreh getah, sawah padi, memancing, memetik koko, kelapa dan sebagainya; dan
    8. Menawarkan dan melibatkan pelancong dalam permainan sukan tradisional dan kebudayaaan seperti congkak, sepak raga, caklempong, tarian rakyat dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.