Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

237) SMUE

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penerima SMUE mengalami banyak halangan untuk menerima baucher seperti mereka yang tidak boleh berjalan, perlu bekerja pada hari perlaksanaan atau tiada kenderaan untuk pergi ke pasaraya yang tertentu. Adakah pihak kerajaan akan menimbangkan cara lain untuk memudahkan proses perlaksanaan SMUE?

    a)

     

    Penerima SMUE mengalami banyak halangan untuk menerima baucher seperti mereka yang tidak boleh berjalan, perlu bekerja pada hari perlaksanaan atau tiada kenderaan untuk pergi ke pasaraya yang tertentu. Adakah pihak kerajaan akan menimbangkan cara lain untuk memudahkan proses perlaksanaan SMUE?

     

    JAWAPAN:

    1. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, para peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dibenarkan untuk menghantar wakil bagi menerima baucer Jom Shopping dengan syarat perlu bawa mykad asal peserta SMUE dan perlu mengisi borang sebagai wakil. Kerajaan Negeri juga sedang dalam kajian untuk mempertimbangkan beberapa cadangan tersebut bagi menambah baik cara pengendalian program Jom Shopping Warga Emas seperti berikut:

     

    1. Pemberian baucer Jom Shopping Warga Emas secara terus kepada ahli dan terpulang pada ahli untuk menunaikan baucer tersebut pada bila-bila masa mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

     

    1. Pemberian kad warga emas/E-wallet untuk mereka membuat pembelian barang mengikut tempoh yang ditetapkan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.