Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

298) SMUE

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak kerajaan merancang menambah manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE) semasa masih hidup?

    Seperti yang telah dinyatakan pada sessi Sidang Dewan Negeri Selangor  sebelum ini, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberikan manafaat RM100 sekali untuk 5 kali shopping kepada setiap Ahli SMUE yang berdaftar. Kerajaan Negeri juga berharap ia dapat dilaksanakan pada tahun hadapan setelah perkara-perkara yang berkaitan dapat diselesaikan.

    Kerajaan Negeri telah menerima cadangan untuk nilai RM100 itu diberikan dalam bentuk program JOM Shopping. Selain dapat mengurangkan tekanan akibat sindrum “empty bird nest”, program ini juga mampu menimbulkan suasana keceriaan, memberikan ruang dan peluang untuk mereka saling berinteraksi, membuat keputusan dan pilihan sendiri untuk memiliki barangan yang dihajati, malahan ia juga dapat mengeratkan hubungan di antara pemimpin dengan rakyat di satu-satu kawasan.

    Oleh kerana terdapatnya penambahbaikan dan beberapa pengubahsuaian yang perlu dilakukan termasuk yang melibatkan perkara berkaitan prosedur kewangan, ia tidaklah dapat dilaksanakan pada ketika ini.

    Jumlah manafaat yang dicadangkan ini akan diambil daripada jumlah asal wang manafaat SMUE yang berjumlah RM2500.00 yang ketika ini diserahkan dalam dua fasa yang berlainan. Wang tersebut adalah wang yang berada dalam satu tabung amanah yang dikhususkan bagi membayar manafaat berupa khairat kematian apabila ahli SMUE yang berdaftar telah meninggal dunia. Maka apabila ia mahu digunakan bagi tujuan yang lain, sudah tentu sedikit penyesuaian dalam prosedur kewangan perlulah dilakukan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.