Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

98) SMUE

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak negeri Selangor ini berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, banyak skimskim bantuan rakyat telah diperkenalkan dan rakyat merasakan nikmatnya seperti Skim Usia Emas, TAWAS dan sebagainya. Tolong berikan jumlah RM perbelanjaan yang telah dibuat sepanjang tahun ini berbanding bajet yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri?

    1. a) dan b) dijawab bersekali

     

    Skim Mesra Usia Emas

     

    Bagi Skim Mesra Usia Emas sejumlah RM20.7 juta  telah diperuntukkan untuk tahun  2008 (bermula Oktober 2008) hingga 2009. Dan bagi tahun 2010 ini, RM20.7 juta lagi  juga telah diperuntukkan untuk tujuan yang sama.

     

    Sehingga 31hb Mac 2010, sejumlah RM25.557 juta telah dibayar kepada Penama Ahli yang layak dan berdaftar.

     

    Daripada jumlah tersebut, RM11.119 juta adalah untuk Bayaran Peringkat Pertama (RM1000) di mana 43.8% penerimanya adalah kaum Melayu, 39.6% adalah kaum Cina, 15.6% adalah kaum India dan 1% lain-lain kaum.

     

    Sementara RM14.438 juta pula adalah untuk Bayaran Peringkat Kedua (RM1500) di mana 44.3% penerimanya adalah dari kaum Melayu, 39% kaum  Cina,  15.8%  kaum India dan 1% lain-lain kaum.

     

    Hadiah Anak Masuk Universiti

     

    Untuk Hadiah Anak Masuk Universiti, sejumlah RM4.2 juta telah diperuntukkan  bagi tahun 2008 dan RM8.2 juta bagi tahun 2009.

     

    Bagi tahun 2008 sejumlah RM3.567 juta telah dibelanjakan. Daripada jumlah ini, 74.43% penerima adalah daripada kaum Melayu, 17.43% adalah kaum Cina, 6.73%  adalah  kaum India dan 1.40% daripada kaum-kaum lain.

     

    Untuk tahun 2009 pula sejumlah RM6.014 juta telah dibelanjakan di mana 54.14% penerima adalah daripada kaum Melayu, 25.7% kaum Cina, 18.24% kaum India dan 1.93% daripada lain-lain kaum.

     

     

     

     

    Tabung Warisan Anak Selangor

     

    Bagi Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), sejumlah RM13.5 juta telah diperuntukkan. Daripada jumlah tersebut, RM5 juta diperuntukkan bagi operasi TAWAS dan RM8.5 juta pula diperuntukkan bagi pembukaan akaun simpanan tetap Ahli.

     

    Sehingga 28hb Februari 2010, sejumlah RM1,242,400.00 telah dibelanjakan bagi dikreditkan ke dalam akaun simpanan tetap Ahli. Daripada jumlah tersebut, 53.01% dikreditkan ke akaun simpanan tetap Ahli kaum Melayu, 29.99% Ahli  kaum  Cina,  13.99% Ahli kaum India dan 2.99% Ahli lain-lain kaum.

     

    Lain-lain

     

    Untuk program Bekalan Air 20 Meter Padu Percuma, sejumlah RM200,143,073.00 telah dibelanjakan. Daripada jumlah tersebut RM68,674,733.00 adalah bagi 1,101,541pengguna bermeter individu pada tahun 2008. Sementara RM131,468,073.00 adalah untuk 1,160,324 pengguna bagi tahun 2009.

     

    Sementara bagi program Bantuan Anak-anak Pekerja  Ladang  sejumlah  RM1,472,739.60 telah dibelanjakan. Daripada jumlah tersebut sejumlah  RM354,200  telah digunakan untuk tahun 2008 dan RM1,118,539.60 telah digunakan pada tahun 2009.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.