Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

29) Socso Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan dapat mempertimbangkan caruman SOCSO untuk kakitangan pusat khidmat masyarakat memandangkan jumlah yang dikenakan tidak besar?

    Kerajaan Negeri menerima cadangan supaya setiap Pembantu Tadbir tersebut dilindungi oleh PERKESO. Walau bagaimanapun, PERKESO tidak dapat menimbang cadangan tersebut disebabkan pelantikan mereka berstatus contract for service.

    Sehubungan itu, MMKN Ke 6/ 2020 bertarikh 12 Februari 2020 telah meluluskan tambahan 20,000 kuota Skim Insurans Peduli Sihat termasuk semua Pembantu Tadbir Pusat Khidmat Masyarakat. Pelindungan tersebut adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.