Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

200) SOLAR PANEL

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan ladang solar panel yang berada di Negeri Selangor, daerah mana paling tinggi terdapat ladang solar panel ini? Adakah ianya memberi pulangan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri Selangor.

    1. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, terdapat empat (4) ladang solar panel yang berada di negeri Selangor. Daerah Petaling mempunyai 2 lokasi dengan jumlah keluasan 8 ekar. Daerah Sepang mempunyai 1 lokasi berkeluasan 20 ekar dan Daerah Kuala Langat mempunyai 1 lokasi dengan keluasan 240 ekar. Butiran terperinci berkaitan ladang solar panel di negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    BIL. LADANG SOLAR PANEL DI NEGERI SELANGOR KAPASITI TERPASANG (MW) KELUASAN LADANG PANEL SOLAR DAERAH
    1. SOLAR SYSTEM & POWER SDN. BHD. 1.0000 4 Ekar PETALING
    2. SOLAR SYSTEM & POWER SDN. BHD. 1.0000 4 Ekar PETALING
    3. FORTUNE 11 SDN BHD 5.0000 20 Ekar SEPANG
    4. TENAGA NASIONAL BHD. 50.0000 240 Ekar KUALA LANGAT

     

     

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek ladang solar panel di negeri Selangor adalah merupakan inisiatif di bawah program Tarif Galakan (Feed-in Tariff) yang di wujudkan oleh pihak Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) yang dilaksanakan oleh pihak swasta manakala projek Large Scale Solar adalah di bawah Suruhanjaya Tenaga yang dilaksanakan Tenaga Nasional Bhd. Sehubungan itu, semua projek-projek ladang solar panel di negeri Selangor dilaksanakan oleh pihak swasta. Justeru, buat masa ini ianya tidak memberi pulangan tinggi kepada Kerajaan Negeri selain daripada hasil cukai tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.