Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

138) SOLUSI PENGGANGURAN BELIA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan kolej INPENS mempunyai kapasiti terhad sedangkan belia memerlukan latihan kemahiran untuk mencari pendapatani, bilakah kerajaan negeri memulakan dasar membantu belia menjadi aprentis di institusi sedia ada, seperti kedai jahit, kilang, tempat pelancongan, PBT untuk mudah diserap.

    • Kapasiti tahunan INPENS mampu melahirkan seramai 900 belia mahir di dalam sepuluh bidang kemahiran iaitu automotif, elektrik, elektronik, sistem komputer, penyamanan udara, motosikal, fesyen & pembuatan pakaian, kecantikan, fesyen rambut & masakan. Program ini dijalankan secara sepenuh masa dalam tempoh masa 6-12 bulan mengikut bidang kemahiran masing-masing.
    • Pada 2015 juga, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa & Kampung Tradisi dengan kerjasama INPENS telah membangunkan Inkubator Smart Selangor yang bertujuan melatih aprentis usahawan kemahiran di beberapa lokasi dengan bidang- bidang tertentu seperti yang berikut:
    Bil. Lokasi Inkubator Bidang Kemahiran
    1. Bazar As-sharif,

    Meru, Klang

    Penyaman UDara
    2. Jalan Mahagoni 7/4,

    Bandar Baru, Batang Kali

    Motosikal
    3. Pekan Sungai Besar,

    Sabak Bernam

    Dandanan Rambut, Kecantikan, Jahitan
    4. Taman Medan,

    Sijangkang

    Dandanan Rambut, Kecantikan,

    Jahitan

     

    • Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa & Kampung Tradisi telah menganjurkan Program Pembangunan Usahawan Desa: Industri Komuniti Kampung dengan kerjasama INPENS dan Institut Kulinari Anjung Utara (ITKAU) bagi melatih belia-belia di desa yang berhasrat menjadi usahawan melalui program-program berikut:
    TAHUN / INSTITUT INPENS ITKAU
    KURSUS JANGKA PENDEK BIL. PESERTA KURSUS JANGKA PENDEK BIL. PESERTA
     

     

     

     

     

    2015

    Jahitan 20 Industri Makanan 80
    Kecantikan 20 Stimulaterapi 20
    Dandanan Rambut 20    
    Penyaman Udara 20    
    Motosikal 20    
    KURSUS JANGKA SEDERHANA BIL. PESERTA KURSUS JANGKA SEDERHANA BIL. PESERTA
    Jahitan 12 Industri Makanan 23
    Kecantikan 4 Stimulaterapi 12
    Dandanan Rambut 4    
    Penyaman Udara 14    
    Elektrik 1    
     

    2016

    KURSUS JANGKA SEDERHANA BIL. PESERTA KURSUS JANGKA SEDERHANA BIL. PESERTA
    Dandanan Rambut 15 Industri Makanan 39
        Stimulaterapi 35
        Pembuatan Kasut 16

     

    • Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) iaitu sebuah program latihan keusahawanan dalam bidang Penternakan, Bakeri, Percetakan Segera, Jahitan Pakaian, Penjagaan Awal Kanak- Kanak, Makanan Ringan (cendol dan laksa), Penyelenggaraan Penyaman Udara, Mutawwif, Rawatan Wanita Selepas Bersalin dan Jurubekam Klinikal Bertauliah. Program ini yang diberikan secara percuma merangkumi beberapa kategori iaitu belia, suri rumah, pesara dan ibu tunggal.
    • Program Strategi Peningkatan Kemahiran Belia atau Youth Enhancement Strategy Selangor (YES) yang memberi fokus kepada belia yang tidak mempunyai akademik cemerlang untuk menjalani latihan di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu

    seterusnya membolehkan mereka mendapat pekerjaan selepas tamat latihan.

    • Program Graduate Employability and Enhancement Selangor (PROGRES) adalah sebuah program yang diperkenalkan pada tahun 2016 untuk memberi peluang kepada belia-belia yang masih belum mendapat pekerjaan untuk menjalani latihan meningkatkan kemahiran kebolehpasaran belia khususnya di Selangor termasuk penempatan di syarikat-syarikat terpilih.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.