Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

34) SPIES

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selain dari audit dalaman dan luaran ke atas aktiviti S.P.I.E.S., apakah langkah lain oleh Jawatankuasa Tetap PPP untuk memantau dan mengawal selia aktiviti S.P.I.E.S secara berterusan dan berkala?

    1. Selain dari audit dalaman dan luaran aktiviti SPIES juga dipantau melalui kaedah berikut :

     

    1. Pemantauan oleh konsultan / pegawai pemantau yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor;

     

    1. Pelantikan juruaudit bagi Sekretariat SPIES D’Village dan SPIES D’Organisasi untuk membuat pemantauan dan penilaian aktiviti yang dilaksanakan;

     

    • Analisa pelaporan program;

     

    1. Pelaporan pengukuran keberkesanan pelaksanaan aktiviti bagi setiap Sekretariat SPIES D’Village dan SPIES D’Organisasi;dan

     

    1. Pemantauan dan penilaian berpandukan kepada dua (2) modul iaitu :

     

    • Model Penilaian   Kirk Patrick 1959 dan diubahsuai 1975 bagi program latihan SPIES. Huraian terperinci seperti jadual di bawah:

     

    • 4 tahap penilaian adalah meliputi aspek berikut :

     

    Tahap 1 (Semasa latihan) Reaksi Sejauh mana peserta suka proses pembelajaran
    Tahap 2 (Selepas latihan) Pembelajaran/ Kefahaman Apa yang peserta belajar. Sejauh mana peserta mendapat pengetahuan dan kemahiran
    Tahap 3

    (Selepas 3 bulan)

    Tingkahlaku Apakah perubahan

    tingkahlaku positif atau prestasi kerja

     

    Tahap 4

    (Selepas 6 Bulan

    Hasil Apakah hasil dari proses pembelajaran iaitu penambahbaikan kualiti hidup atau kualiti kerja, kecekapan, peningkatan pengeluaran dan lain – lain)

     

    • Tahap 1 dan 2 diukur berdasarkan borang penilaian selepas kursus dan pemerhatian semasa program oleh konsultan / pegawai Pemantau. Tahap 3 dan tahap 4 diukur dalam penglibatan program SPIES D’Village dan SPIES D’Organisasi.

     

    • Model Penilaian CIPP adalah bagi program SPIES D’Village dan SPIES D’Organisasi.

     

    • Model Penilaian CIPP (Context, Input, Proses, Product) yang diperkenalkan oleh Stufflebeam tahun 1967 dan ditambah baik pada tahun 1972. Antaranya, senarai semak ini telah digunakan oleh Pusat Penilaian Universiti Western Michigan dalam menilai program pembangunan komuniti bagi keluarga berpendapatan rendah di Hawaii (1994 – 2002). Model CIPP ini mengandungi 4 bahagian utama iaitu Context, Input, Process, Product. Secara umum, 4 bahagian ini berkait dengan persoalan apakah keperluan yang perlu dibuat, bagaimana sepatutnya dibuat, adakah telah dibuat dan adakah ianya berjaya?

     

    • Dalam senarai   semak   ini bahagian penilaian kejayaan projek/produk terbahagi kepada 4 perkara iaitu:

     

    a) Impak : adakah sampai kepada sasaran yang betul?
    b) Keberkesanan: Adakah keperluan mereka terpenuhi?
    c) Sustainability: Adakah              kemajuan              atau penambahbaikan berterusan?
    d) Transportability

    :

    Adakah dapat dipindahkan dan adaptasi untuk kegunaan ditempat lain dengan berkesan?

     

    • Kaedah pengumpulan data pengukuran kejayaan dan impak kepada program SPIES ini telah dibuat melalui kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif dengan menggunakan (i) borang penilaian dan (ii) borang soal selidik. Kaedah kualitatif pula ialah melalui (i) reaksi peserta (ii) pemerhatian (iii) temu bual (iv) temu duga kumpulan

     

    • Selain itu bagi menjamin kesinambungan kualiti program proses pelantikan konsultan dan pelaksanaan program SPIES adalah mengikut pematuhan audit oleh pihak SIRIM dan berjaya mendapat pensijilan ISO 9001 : 2008 (Quality Management Systems – Requirements) dan audit syariah Compliance MS 1900 : 2005.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.