Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

84) SSDU DAN KAWALAN PENCEMARAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan yang dimainkan oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dalam mengesan dan membendung pencemaran air sungai dan pencemaran udara, khususnya yang berpunca daripada pembakaran terbuka? Senaraikan teknologi yang telah diguna dan kos yang terlibat untuk tujuan ini?

    Pada ketika ini, SSDU mempunyai keupayaan untuk mengesan perubahan kualiti udara PM 2.5 secara masa benar (real-time) menerusi pemasangan sensor Indeks Kualiti Udara (AQI) di mana 49 lokasi telah dipasang di seluruh Negeri Selangor. Sehingga kini, inisiatif pemantauan kualiti udara ini melibatkan kos sebanyak RM 395,000 yang meliputi pembelian sensor, langganan perkhidmatan data, pentauliahan kontraktor untuk pemasangan dan penyelenggaraan sensor serta pembinaan on-line portal.

    Untuk pemantauan pencemaran air sungai, SSDU telah memasang satu (1) unit sensor kualiti air di Sungai Klang yang dioperasikan oleh Landasan Lumayan Sdn Bhd. Projek pemasangan dan pemantauan kualiti air sungai secara masa benar (real-time) ini melibatkan kos sebanyak RM100,000.00 yang meliputi pemasangan sensor, rangkaian internet, kamera CCTV berasaskan solar dan pembinaan platform. Sensor ini berupaya merekodkan bacaan-bacaan untuk enam (6) parameter yang boleh dugunakan untuk menentukan Indeks Kualiti Air (WQI).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.