Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

112) STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini keselamatan bumbung Stadium Shah Alam?

    Usia Stadium Shah Alam yang melebihi 25 tahun telah menjadikan sebilangan panel bumbung polycarbonate rapuh (brittle) disebabkan oleh factor usia dan cuaca. Untuk menjamin keselamatan penonton yang mengunjung Stadium Shah Alam, panel bumbung yang rapuh telah di pecahkan untuk mengelak serpihan dari jatuh keatas penonton. Kerja kerja ini telah selesai di jalankan dan keadaan stadium adalah selamat untuk kegunaan ramai.

Lampiran

Tiada Lampiran.