Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

244) STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sewa yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat yang beroperasi di stadium tersebut?

    Bermula 2003 sehingga kini, pengurusan stadium adalah di bawah tanggungjawab Majlis Bandaraya Shah Alam yang mana ianya telah diputuskan di dalam mesyuarat EXCO MTES bil. 17/2001. Segala kos pengurusan adalah di bawah tanggungjawab Majlis Bandaraya Shah Alam dan kos kerja-kerja pembaikan infrastruktur adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.