Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

168) STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci kos penyelenggaraan Stadium Shah Alam bermula dari tahun 2008 hingga kini?

    Majlis Bandaraya Shah Alam mula mengambilalih pengurusan Stadium Shah Alam daripada Alam Arena Management Sdn Bhd pada 1 Januari 2003. Berdasarkan keputusan MTES bertarikh 10 Julai 2005, MBSA dikehendaki menanggung kos utiliti yang tertunggak seperti di Jadual 1 :

    Jadual 1 – Kos Utiliti di Stadium Utama

    Bil Butiran Tunggakan

    Semasa

    Pengambilalihan (RM)

    Status Jumlah

    Tertunggak

    Sehingga April 2014

    1 Elektrik 2,346,803.57 Selesai 0.00
    2 Air 1,449,198.44 Selesai 0.00
    3 IWK 2,602,956.23 Belum Selesai 1,614,530.40
      Jumlah 6,398,958.24   1,614,530.40
    1. Kos penyelenggaran Stadium Shah Alam bermula dari tahun 2008 hingga April 2014 adalah berjumlah RM26,910,256.61. Pecahan kos adalah seperti di Jadual 2:-

    Jadual 2 – Kos Penyelenggaraan Stadium Utama

    Tahun Pentadbiran Penyelenggaraan Utiliti Jumlah
    Struktur & Infrastruktur Kebersihan Elektrik Air IWK
    2008 1,180,145.88 998,408.09 191,433.60 545,000.01 490,021.95 5,457.96 3,410,467.49
    2009 926,477.84 569,205.25 248,029.07 540,903.44 294,926.88 0.00 2,579,542.48
    2010 817,909.22 514,547.85 250,066.47 502,910.65 589,132.26 0.00 2,674,566.45
    2011 876,519.65 592,982.22 214,878.34 1,312,762.65 640,990.06 271,860.88 3,909,993.80
    2012 922,798.68 3,811,508.21 139,877.02 1,072,809.62 591,629.59 941,665.30 7,480,288.42
    2013 847,410.77 947,593.39 74,522.07 1,376,237.40 510,837.22 263,212.66 4,019,813.51
    2014

    (JanApr)

    316,147.23 1,615,643.55 49,892.22 575,074.40 174,684.14 104,142.92 2,835,584.46
    Jumlah 5,887,409.27 9,049,888.56 1,168,698.79 5,925,698.17 3,292,222.10 1,586,339.72 26,910,256.61
    1. Pinjaman daripada Kerajaan Negeri bagi penyelenggaran Stadium Shah Alam tahun 2011 adalah berjumlah RM3,476,950.00. Pecahan kos adalah seperti di Jadual 3 :-

    Jadual 3 – Kos Penyelenggaraan Stadium Utama Melalui Pinjaman Kerajaan Negeri

    Bil. Perkara Peruntukan

    Diluluskan

    (RM)

    Peruntukan

    Dibelanjakan

    (RM)

    1 Kerja-kerja penggantian mentol. 1,151,000.00 895,398.00
    2 Kerja-kerja penggantian bumbung. 477,000.00 478,730.00
    3 Kerja – kerja mengganti kerusi penonton. 316,750.00 314,700.00
    4 Kerja-kerja pembaikan tandas. 68,250.00 59,711.00
    5 Kerja-kerja membaiki ruang pemain Utama (Level O). 576,800.00 380,031.05
    6 Kerja-kerja membaiki padang. 862,050.00 718,580.00
    7 Kerja-kerja menaiktaraf landskap di laluan utama Stadium Malawati dan

    Bulatan Stadium Utama

    25,100.00 0.00
    8 Kerja-kerja pengantian ballast lampu padang. 0.00 404,000.00
      JUMLAH 3,476,950.00* 3,251,150.05

    Kerajaan Negeri melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 13/2013 bertarikh 3hb April 2013 telah memutuskan bahawa Majlis Bandaraya Shah Alam harus menanggung kos operasi manakala kos modal ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

    * Sejumlah RM3,476,950.00 peruntukan dari Kerajaan Negeri adalah merupakan pinjaman dengan kadar faedah 4% setahun. MBSA telah menjelaskan sebanyak RM1,147,393.50 kepada pihak Perbendaharaan Negeri Selangor. Bayaran telah dibuat sebanyak dua kali dan tarikh cek adalah pada 4hb Januari 2013 dan 27hb Disember 2013.

Lampiran

Tiada Lampiran.