Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

237) STANCO PENERANGAN SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Siapakah adalah ahli-ahli stanco yang menjaga portfolio penerangan Selangor?

    Saya maklum penerangan kepada rakyat berkenaan perihal pentadbiran kerajaan negeri, program kebajikan, kemudahan-kemudahan dan sebagainya adalah sangat penting. Justeru kerajaan negeri telah menubuhkan syarikat milik penuh kerajaan negeri iaitu Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) yang bertanggungjawab sepenuhnya memberikan penerangan kepada rakyat negeri ini berkenaan program, polisi dan pelbagai bentuk kebajikan yang dilaksanakan kerajaan Selangor. Penerangan yang dilakukan CCSB melalui berikut;

     

    1. Media Cetak

     

    1. Selangor Kini
      • sebanyak 150,000 naskhah setiap sekali seminggu

     

    1. Selangor Kini Mandarin
      • Sebanyak 75,000 naskhah setiap dua (2) minggu sekali

     

    1. Selangor Indru
      • Sebanyak 70,000 naskhah setiap dua (2) bulan sekali

     

    1. Media Elektronik melalui TV Selangor yang bersiaran 24

     

    Penerangan Negeri Selangor diterajui dan diurus terus dari Pejabat Menteri Besar Selangor di mana saya sebagai Pengerusi Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) dan YB. Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan YB. Dato’ Noordin bin Sulaiman, YB. Pegawai Kewangan Negeri Selangor selaku Ahli Lembaga Pengarah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.