Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

7) STATISTIK KEMALANGAN DI DUN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan statistik kemalangan melibatkan penunggang motorsikal, pemandu kereta, lori-lori kontena dan lain-lain kenderaan di dalam DUN Pelabuhan Klang.

    Statistik kemalangan mengikut jenis kenderaan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dari 01/01/2018 hingga 31/07/2018

    Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor terdiri daripada 16 Daerah Polis. Manakala Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pula mempunyai 56 DUN. Perbezaan jumlah Daerah Polis dan DUN ini menyebabkan persempadanan mengikut kawasan adalah tidak sama. Sistem yang digunakan oleh PDRM dalam mengumpul data kemalangan adalah mengikut Daerah Polis. DUN Pelabuhan Klang termasuk di dalam pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan. Data yang diberi ini merangkumi keseluruhan kawasan di dalam persempadanan Daerah Polis Klang Selatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.