Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

112) STATISTIK KOS PENYELENGGARAAN LIF FLAT KOS RENDAH DI MPAJ

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berikan statistik kos penyelenggaraan lif yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri di flat-flat kos rendah di dalam kawasan MPAJ.

    Setakat ini Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM220,400.50 melibatkan tujuh (7) kawasan dan tiga puluh satu (31) unit lif bagi kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) adalah seperti berikut :

    BIL PBT  

    NAMA PANGSAPURI

     

    UNIT LIF

    KOS PENYENGGARAAN
    1. MPAJ Ukay Indah 6 46,640.00
    2. Bukit Segar Blok A1 2 10,600.00
    3. Blok Tanjung 2 25,402.90
    4. Saga Suria, Taman Aga 3 26,712.00
    5. Pandan Ria Blok A & B 4 25,440.00
    6. Permai Court 2 2 22,641.60
    7. Sri Nilam 12 62,964.00
        JUMLAH 31 220,400.50

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.