Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

126) STATISTIK PEMBIAYAAN SKIM SMART SEWA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Statistik pembiayaan Skim Smart Sewa setakat ini berdasarkan bilangan permohonan yang diluluskan, lokasi kediaman, dan jumlah pembiayaan yang telah dikeluarkan.

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, seramai 341 pemohon yang telah diluluskan permohonan Skim Smart Sewa setakat ini berdasarkan 341 unit yang telah siap dan telah disewakan seperti berikut :

     

    BIL. PROJEK LOKASI Bil. UNIT STATUS PROJEK
    1. Pangsapuri Tun Teja, Alam Impian (Jenis A) Petaling 5 Telah disewakan
    2. Taman Damai Utama, Puchong (Jenis A) Petaling 110 Telah disewakan
    3. Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam (Jenis A) Petaling 41 Telah disewakan
    4. Pangsapuri Arista, Bandar Parklands (Jenis A) Klang 11 Telah disewakan
    5. Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama, Kapar (Kos Sederhana Rendah – pemberimilikan) Klang 64 Telah disewakan
    6. Pangsapuri Asteria (Jenis C) Klang 50 Telah disewakan
    7. Pangsapuri Azaria (Jenis C) Klang 50 Telah disewakan
    8. Bandar Seri Coalfields, Ijok (Jenis D) Kuala Selangor 10 Telah disewakan
    JUMLAH 341               Unit

     

    Manakala sebanyak 161 unit lagi di bawah Skim Smart Sewa telah disiapkan pembinaan dan telah dibuat penyerahan kunci oleh pemaju kepada LPHS dan kini sedang dibuka permohonan kepada orang awam untuk tujuan penyewaan seperti berikut :

     

    BIL. PROJEK LOKASI BIL UNIT
    1. Pangsapuri De Kiara, Setia Alam   (Jenis C) Petaling 30
    2. Pangsapuri Seroja, Setia Alam (Jenis A) Petaling 11
    3. Apartment Trifolis, Bukit Tinggi (Jenis D) Klang 30
    4 Pangsapuri Taming Mutiara, Cheras              (Jenis C) Hulu Langat 30
    5 Jade Hills, Kajang (Jenis A) Hulu Langat 10
    6 Jade Hills, Kajang (Jenis B) Hulu Langat 10
    7 Jade Hills, Kajang (Jenis C) Hulu Langat 10
    8 Jade Hills, Kajang (Jenis D) Hulu Langat 30
    JUMLAH 161

     

    Terdapat sebanyak 477 unit masih dalam pembinaan lagi dan dijangka dapat disiapkan untuk disewakan mulai akhir tahun 2019 sehingga tahun 2020 seperti berikut :

     

    BIL. PROJEK LOKASI BIL UNIT
    1. Taman Puchong Utama, Puchong (Jenis B) Petaling 30
    2. Taman Puchong Utama, Puchong (Jenis C) Petaling 30
    3. Pangsapuri Seri Akasia, Puchong (Jenis C) Petaling 30
    4. Pangsapuri De Bayu, Setia Alam (Jenis C) Petaling 30
    5. Pangsapuri Harmoni 1, Putra Heights               (Jenis C) Petaling 30
    6. Bandar Bukit Raja Fasa 17B, Bukit Raja (Jenis C) Klang 50
    7. Emira @ TTDI Grove, Kajang (Jenis A) Hulu Langat 10
    8 Apartment Simfoni, Semenyih (Jenis B) Hulu Langat 13
    9. Rumah Bandar, Kota Puteri (Jenis D) Gombak 20
    10. Bukit Rahman Putra (Jenis A) Gombak 180
    11. Pangsapuri Alpinia, Dengkil (Jenis C) Sepang 50
    12. Antara Gapi, Serendah (Jenis D) Hulu Selangor 4
    Jumlah 477

     

    Sehingga kini, jumlah pembiayaan / peruntukan yang telah dibelanjakan bagi projek yang siap dalam pembinaan dan dalam kemajuan kerja melibatkan 979 unit adalah sejumlah RM67,737,450.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.