Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

104) STATISTIK PERBELANJAAN PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah statistik projek-projek di bawah peruntukan MARRIS bagi DUN Hulu Kelang tahun 2018 setakat ini?

    Semakan menerusi Sistem SMART MARRIS mendapati terdapat sepuluh (10) bilangan projek penyenggaraan jalan negeri yang sedang dirancang oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) khusus bagi Jalan Perbandaran di kawasan Dewan Negeri Hulu Kelang dengan anggaran kos RM3,392,637.50 seperti berikut:-

    Jadual Projek Penyenggaraan Jalan Negeri Di Kawasan Dewan Negeri Hulu Kelang Oleh MPAJ (Tahun 2018)

    BIL. SKOP KERJA BIL PROJEK ANGGARAN JABATAN (RM)
    1. Lampu Jalan 3 620,025.00
    2. Penyenggaraan Pokok 2 200,000.00
    3. Turapan Jalan 5 2,572,612.50
      JUMLAH 10 3,392,637.50

     

    Sumber: Sistem SMART MARRIS (Setakat 19 Mac 2018

Lampiran

Tiada Lampiran.