Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

102) STATISTIK PERUMAHAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perumahan mampu milik merupakan satu topik utama di kalangan rakyat Selangor. Akhir-akhir ini kelihatan tiada lagi projek-projek perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini. Berapakah jumlah rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah yang telah dibina oleh anak syarikat kerajaan negeri pada 2010, 2011 dan 2011? Pohon nyatakan juga harga dan lokasi rumah-rumah tersebut

    1. Untuk makluman Y.B, kerajaan negeri melalui anak syarikat telah membina sebanyak 1,136 unit rumah kos rendah dan 190 unit rumah kos sederhana rendah sejak dari tahun 2010 hingga 2012. Pecahan perincian projek mengikut tahun dan jenis rumah adalah seperti berikut :
      1. Rumah Kos Rendah
    Tahun   Lokasi   Jumlah   Harga (RM)
    Unit
         
    2012 Saujana Rawang, Mukim Rawang, Daerah Gombak.

    (Dalam Pembinaan – Jangkaan Siap

    Pada Tahun 2013)

    100 42,000.00
    Tahun   Lokasi   Jumlah   Harga (RM)
    Unit
         
    2012 Kg. Berembang, Mukim Hulu Kelang,

    Daerah             Gombak           (Pangsapuri

    Berembang Indah)

    (Siap – CF diperolehi pada 27/7/2012)

    694 42,000.00
    Kg Bunga Raya Kuang, Mukim Rawang,

    Daerah       Gombak     (Pangsapuri     Kos

    Rendah 5 Tingkat)

    (Siap – CF diperolehi pada 2/5/2012)

    180 42,000.00
    2011 Kg. Kemensah Hilir, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak (Town House Kos Rendah – Bukit Kemensah Indah)

    (Siap – CF diperolehi pada 28/10/2011)

    72 50,000.00
    2010 Taman Perepat Indah, Batu 9, Mukim

    Kapar, Daerah Klang (Fasa 3B – Pangsapuri Kos Rendah)

    (Siap – CF diperolehi pada 14/1/2010)

    90 42,000.00
    Jumlah   1,136  
    1. Rumah Kos Sederhana Rendah
    Tahun   Lokasi   Jumlah   Harga (RM)
    Unit
         
    2011 Taman Impian Putra, Mukim Kajang,

    Daerah      Hulu    Langat     (Fasa     2     –

    Pangsapuri Kos Sederhana Rendah)

    (Siap – CF diperolehi pada 22/12/2011)

    190 72,000.00
      Jumlah   190  

Lampiran

Tiada Lampiran.