Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

110) STATISTIK PROGRAM KITAR SEMULA MPAJ

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah statistik penglibatan aktiviti kitar semula yang dijalankan oleh MPAJ bagi DUN Hulu Kelang?

    Statistik penglibatan aktiviti kitar semula yang dijalankan oleh MPAJ bagi DUN Hulu Kelang adalah aktif, antara program yang dijalankan adalah seperti berikut;

    i.     PROGRAM KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI KEPADA BIODIESEL

    Program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai kepada Biodiesel telah dilaksanakan melibatkan aktiviti seperti taklimat dan pameran, penyerahan tong pengumpulan, membuat pengumpulan dan kutipan minyak masak terpakai serta penghantaran notis kutipan minyak masak terpakai melibatkan komuniti, persatuan penduduk, sekolah, surau dan masjid serta pemilik premis perniagaan terutamanya premis makanan. Statistik kutipan minyak masak terpakai yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :

     

    BIL

     

    TAHUN

    DUN HULU KELANG
    1. 2015 914.00 L
    2. 2016 4,000.00 L
    3. 2017 20,776.45 L

     

    ii.        PROGRAM KOMPOSTING SISA MAKANAN 

    Inisiatif Program Pengkomposan Sisa Di Peringkat Sekolah melalui pendidikan dan kesedaran alam sekitar telah dilaksanakan bersama sekolah-sekolah di kawasan pentadbiran MPAJ dimana sebanyak 8 buah Pusat Kompos Sekolah telah diwujudkan pada tahun 2017, Berikut Pusat Kompos di DUN Hulu Kelang:

    DUN HULU KELANG

    1. Jenis Keb. (Tamil) Taman Melawati
    2. Ren. Agama Islam Al-Amin, Taman Keramat

    iii.     SANGKAR KITAR SEMULA/ KEMPEN KITAR SEMULA/ PERLETAKKAN TONG KITAR SEMULA BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

     

    BIL PROGRAM / PERKARA LOKASI TARIKH/ WAKTU KUTIPAN JUM. KOMUNITI TERLIBAT
     

     

     

    1.

    Meletakkan sangkar kitar semula MPAJ Kondominium Desaku, Kemensah Hari selasa setiap minggu 100 orang
     

     

    Jalan L1, Kemensah

     

     

    Hari selasa setiap minggu

    Penduduk meletakkan barang                           kitar semula   di                 lokasi

    sangkar                         yang disediakan

     

    2.

    Kempen              Kitar

    Semula                              Dun Cempaka, Dun Hulu Kelang Dan Dun Bukit Antarabangsa

     

    Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana

     

    15 Oktober 2017 (Ahad)

     

     

    426 orang

     

     

     

     

     

     

     

     

    3.

    Perletakkan tong kitar semula Badan bukan kerajaan (NGO) 1.      Jalan Taman Melawati 4, Taman Melawati

    2.      Jalan Utama, Taman Melawati (T13-KE)

    3.      Jalan Utama, Taman Melawati (AM16A)

    4.      Jalan A1,Taman Melawati

    5.      S.J.K (T) Taman Melawati

    6.      Jalan L1, Kemensah Height

    7.      Jalan AU5, Taman Lembah Keramat (AM20)

    8.      Jalan AU5, Taman Lembah Keramat (AM26)

    9.      Jalan Utama AU5, Taman Lembah Keramat (Berhadapan Dewan Serbaguna MPAJ)

    Dijalankan kutipan oleh Syarikat NGO yang dilantik

    (3x seminggu)

    Penduduk meletakkan barang                             kitar semula   di                 lokasi sangkar                          yang disediakan

Lampiran

Tiada Lampiran.