Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

176) STATISTIK SMUE, TAWAS, FOOD STAMP DAN PROGRAM KEBAJIKAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengikut statistik terkini, berapakah jumlah rakyat Selangor yang mendapat manfaat program-program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2016 (terkini)?

    Sekiranya dihitung jumlah keseluruhan penerima manfaat program-program kebajikan Kerajaan Negeri, maka saya boleh nyatakan bahawa sebanyak hampir 6 juta rakyat Selangor telah menerima manfaat, dan manfaat ini diterima setiap hari iaitu melalui program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3). Program air percuma ini merupakan antara program kebajikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bermula pada tahun 2008 di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). SMUE dan TAWAS juga merupakan antara program yang tersenarai di bawah Skim MES, manakala Food Stamp pula adalah program yang baru diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan miskin mendapatkan makanan asas untuk keperluan harian. Skim MES pada masa ini mempunyai 15 lagi program dengan 14 program dirangka khusus bagi membantu golongan-golongan sasar untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi iaitu:

    (1)       Program Hijrah Selangor;

    (2)       Hadiah Anak Masuk Universiti;

    (3)       Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang;

    (4)       Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL);

    (5)       Insentif Perkahwinan Belia;

    (6)       Pusat Tuisyen Rakyat;

    (7)       Pusat Dialisis Rakyat;

    (8)       Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR);

    (9)       Skim Bantuan Tadika (TUNAS);

    (10)     Cuti Bersalin 90 Hari;

    (11)     Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari;

    (12)     Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari;

    (13)     Jom Shopping (Warga Emas + Ibu Tunggal);

    (14)     Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC); dan

    (15)     Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral.

    Jumlah penerima faedah bagi Skim MES mengikut pecahan program sehingga kini adalah seperti di Lampiran A manakala bagi program Food Stamp pula jumlah penerima adalah seramai 4,361.

Lampiran

Tiada Lampiran.