Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

109) STATISTIK USAHAWAN TRAK MAKANAN DAN USAHAWAN INTERNET

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah statistik usahawan trak makanan serta usahawan internet di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor telah menggunapakai Garis Panduan Trak Makanan Bergerak pada 9 Ogos 2016 di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Negeri Selangor. Maklumat terkini terdapat 139 trak bergerak yang dilesenkan di 33 lokasi di Negeri Selangor. Setakat ini MBPJ mempunyai rekod tertinggi pendaftaran peniaga trak bergerak iaitu sebanyak 45 peniaga di 15 lokasi perniagaan. Berikut merupakan perincian jumlah peniaga dan lokasi trak bergerak di PBT Negeri Selangor :

     

    Bil.

     

    Pihak Berkuasa Tempatan

    Jumlah Trak Yang Dilesenkan  

    Jumlah Lokasi

    1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 45 15
    2. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 10 2
    3. Majlis Perbandaran Selayang 3 2
    4. Majlis Perbandaran Klang 13 1
    5. Majlis Bandaraya Shah Alam 12 3
    6. Majlis Perbandaran Subang Jaya 7 3
    7. Majlis Perbandaran Sepang 13 1
    8. Majlis Perbandaran Kajang 27 3
    9. Majlis Daerah Kuala Langat 3 2
    10. Majlis Daerah Hulu Selangor 6 1
    11. Majlis Daerah Kuala Selangor Tiada peniaga
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam Tiada peniaga
    JUMLAH 139 33

    Sumber : PBT Negeri Selangor

     

    Di bawah Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC) yang diterajui oleh Y.B. Dato’ Teng Chang Khim telah melaksanakan program Online 100 yang merupakan platform pemasaran atas talian untuk usahawan Selangor. Platform ini dilancarkan pada tahun 2015 dan bertujuan untuk menjadikan Selangor sebagai hub perdagangan untuk e-commerce.  Platform

     

    ini merupakan himpunan daripada beberapa e-marketplace. Sasaran awal usahawan bagi program ini adalah sebanyak 100 usahawan untuk menyertai platform ini. Selepas program ini dijalankan jumlah jualan dari semua e- marketplace platform adalah meningkat daripada RM2.5 Juta pada tahun 2015 kepada 4.8 juta pada tahun 2017.

    Sehingga Mac 2018 sebanyak 330 usahawan telah menyertai program Online

    Tiga (3) kategori perniagaan utama pada platform ini adalah barangan bayi dan kanak-kanak sebanyak 16.59 %, diikut dengan fesyen dan barangan rumah masing-masing sebanyak 16.05% dan 13.9%. Berikut merupakan perincian usahawan yang menyertai Online 100 :-

    Jenis Perniagaan  

    Pecahan (%)

    Barangan bayi dan kanak-kanak 16.59%
    Barangan rumah dan kehidupan 13.90%
    Fesyen 16.05%
    Barangan runcit 10.70%
    Kesihatan dan kecantikan – 13.90%

     

    Jenis Perniagaan Pecahan (%)
    Barangan sukan dan rekreasi 10.17%
    Barangan Elektronik 10.14%
    Buku, cerita, dan alatan tulis 6.42%
    Perkhidmatan, kupon dan tiket 2.14%

     

    Sumber : Selangor Information Technology and E-Commerce Council

Lampiran

Tiada Lampiran.