Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

222) STATISTIK WANITA SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa bilangan jumlah Wanita yang duduk di Negeri Selangor? Sila senaraikan mengikut daerah.

    Untuk makluman Ahli-ahli  Yang  Berhormat dan Dewan  yang  mulia ini, jumlah wanita yang duduk di Negeri Selangor adalah seramai  3.05 juta (2017), 3.10 juta (2018) dan 3.15 juta (2019). Statistik penduduk  wanita di Selangor mengikut DUN adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1: Unjuran Penduduk (Semakan Semula) mengikut daerah pentadbiran, 2017-2019

          (000’)
    Negeri/DP/Jantina 2017 2018 2019
    PEREMPUAN
    Selangor 3,051.8 3,102.4 3,151.6
    Gombak 385.1 391.8 398.2
    Klang 465.3 472.7 479.8
    Kuala Langat 125.4 127.6 129.7
    Kuala Selangor 119.2 121.4 123.5
    Petaling 1,025.1 1,041.6 1,057.7
    Sabak Bernam 60.8 61.9 63.0
    Sepang 114.6 116.6 118.6
    Ulu Langat 644.5 655.1 665.4
    Ulu Selangor 111.7 113.7 115.6

Lampiran

Tiada Lampiran.