Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

200) STATUS ASRAMA YAYASAN SELANGOR KAMPUNG PANDAN DAN BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini asrama Toh Puan Norashikin dan asrama Tun Dr Ismail?

    Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) tidak lagi beroperasi manakala Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) yang masih beroperasi menempatkan seramai 160 orang pelajar (Tingkatan 2 – 5) bagi tahun 2012. Pada tahun 2013 semua pelajar akan ditempatkan semula ke sekolah yang memiliki asrama di dalam sekolah (Asrama Daerah) atau ke sekolah yang berhampiran dengan rumah pelajar atas pilihan mereka, atau ke Asrama Yayasan Selangor di Klang dan Sabak Bernam. Kedua- dua asrama tidak lagi beroperasi pada tahun hadapan untuk memberi laluan kepada pembangunan semula kawasan

     

    Yayasan Selangor (YS) akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh menampung 1,000 pelajar, menggantikan AYSKL yang menelan belanja tidak kurang dari RM50juta (tidak termasuk kos tanah). Kos pembinaan adalah pulangan daripada memajukan tapak AYSKL dengan pendapatan keseluruhan tidak kurang dari RM300 juta (in cash and kind).

     

    Yayasan Selangor juga telah bersetuju untuk menggantikan AYSKL yang akan ditutup dengan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh di dua lokasi cadangan iaitu pertama di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kawasan tersebut sangat strategik kerana terdapat berbagai pusat pendidikan dan kawasan riadah yang sangat sesuai untuk dijadikan tapak Kolej Yayasan Selangor. Pusat pendidikan sedia ada di persekitaran kawasan

     

     

     

    tersebut ialah Pusat Tahfiz Al-Quran, Maktab Rendah Sains Mara dan Institut Kemahiran Belia Negara. Cadangan lokasi yang pertama ini sangat sesuai kerana berhampiran dengan stadium dan kawasan riadah milik Majlis Daerah Hulu Selangor. Terdapat juga Masjid Darul Quran di dalam kawasan hub pendidikan ini. Suasana sekeliling yang sejuk dan dikelilingi dengan alam semula jadi yang asal sangat sesuai dijadikan tempat untuk belajar.

     

    Cadangan lokasi yang kedua ialah kawasan yang terletak di dalam Bekas Hutan Simpan Sg.Pusu dalam Daerah Gombak yang terletak di belakang UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan berhampiran Kolej Islam Antarabangsa. Kawasan ini juga sesuai untuk dibina sekolah kerana dikelilingi oleh hub pendidikan dan alam semulajadi yang menghijau. Seluas 60 ekar dicadangkan untuk pembinaan sekolah daripada keseluruhan keluasan tanah 284 ekar yang bakal dimiliki oleh Yayasan Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.