Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

119) STATUS ‘FLYOVER’ BULATAN BANDAR SAUJANA PUTRA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembangunan 'Flyover' di bulatan Bandar Saujana Putra bagi penyuraian lalulintas di waktu puncak?

    Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan syarikat usahasama Seribu Baiduri Sdn. Bhd. (LBS Bina Group Berhad) telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kelulusan bagi Pembinaan Jejambat (Flyover) menghubungkan antara ELITE(PLUS) dan SKVE bagi mengelakkan kesesakan lalulintas di bulatan Bandar Saujana Putra kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) 13 Januari 2015.
    Pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 7 Mei 2015 telah meluluskan permohonan untuk membina jejambat berkenaan dengan syarat-syarat yang dikenakan.
    Dalam taklimat kepada Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor (JP-ABAS) pada 29 Januari 2019, PNSB memaklumkan bahawa PNSB akan mengarahkan pihak Seribu Baiduri Sdn. Bhd. untuk segera mengeluarkan tender bagi pembinaan jejambat berkenaan.
    Satu mesyuarat antara PNSB dengan pihak Seribu Baiduri Sdn. Bhd. pada 27 Februari 2019 telah bersetuju bahawa kerja-kerja tender akan dimulakan segera setelah dokumen-dokumen tender berkaitan disediakan.
    Pihak Seribu Baiduri Sdn. Bhd. memaklumkan bahawa PLUS dalam suratnya bertarikh 8 Jun 2016 telah mengenakan syarat supaya menjelaskan bayaran 50% daripada jumlah RM14,267,500.00 sebagai bayaran tertunggak bagi kos penyelengaraan dan operasi persimpangan Saujana Putra yang telah siap dibina oleh Seribu Baiduri sebelum pembinaan ’flyover’ dimulakan. Tuntutan kos penyelenggaraan ini telah dibawa ke mahkamah oleh pihak PLUS dan Seribu Baiduri memohon supaya syarat ini dikecualikan bagi mempercepatkan pembinaan ’flyover’.
    Sebagai langkah sementara, Seribu Baiduri Sdn. Bhd. telah melaksanakan penyediaan lampu isyarat di Bulatan Saujana Putra bagi menangani masalah kesesakan dan telah disiapkan pada Disember 2017, walaubagaimanapun ianya tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana ketidaksesuaian dengan masalah kesesakan yang berlaku. Bagi menangani masalah kesesakan untuk jangka pendek, pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah memberikan komitmen dan bantuan bagi mengawal kesesakan lalulintas dikawasan tersebut pada masa puncak iaitu waktu pagi dan petang

Lampiran

Tiada Lampiran.