Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

296) STATUS GERAI-GERAI DI TEPI JALAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status peniaga gerai-gerai di tepi jalan yang banyak terdapat di Puncak Alam, Saujana Utama, Jalan Sasaran dan tempat-tempat lain?

    MDKS dalam proses penyelarasan penempatan penjaja di semua lokasi yang telah dikenalpasti terdapat banyak peniaga gerai-gerai di tepi jalan. Walaubagaimanapun, MDKS tidak membenarkan berniaga gerai makan di tepi jalan dengan membuka meja dan kerusi. Pernigaan yang dibenarkan hanya penjaja iaitu hanya menjual makanan dan minuman tanpa membuka meja makan. MDKS hanya membenarkan peniaga menjaja di kawasan yang telah Sebarang keingkaran akan diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan.

     

    Sebagai contoh, penyelasaran peniaga gerai makan tepi jalan di Puncak Alam telah dipindahkan ke Gerai Medan Selera Astana Alam Fasa 3 dan isu ini telah selesai walaupun pelbagai masalah yang perlu dihadapai pada awalnya

Lampiran

Tiada Lampiran.