Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

156) STATUS GURU KAFA

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mewujudkan skim khas perkhidmatan untuk guru-guru KAFA yang mengajar di Sekolah Rendah Agama Negeri (SRA)?

    Kerajaan Negeri sentiasa melihat skim perkhidmatan pendidikan sedia ada untuk dijadikan sebagai salah satu mekanisme kemajuan kerjaya guru KAFA. Pada masa ini, Kerajaan mengambil maklum kuasa mewujudkan skim perkhidmatan ini adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.