Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

215) STATUS INFRA SUKAN DAN BALAIRAYA DI TANAH PEJABAT DAERAH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah ada sebarang ketetapan perjanjian serah milik urus antara pejabat tanah dan PBT?

    Selaras dengan keputusan perbincangan Mesyuarat Penyelarasan Infrastruktur Asas dan Awam  pada 25 Februari 2014, pihak Majlis Perbandaran Klang tiada halangan untuk mengurus dan menyelenggara hanya 7 gelanggang futsal yang terletak di dalam taman-taman perumahan. Walau bagaimanapun, pihak Majlis hanya menerima selepas ia dibaikpulih dengan sempurna dan tanah-tanah tersebut telah diwartakan terlebih dahulu sebagai tapak Futsal bagi membolehkan pihak Majlis menyelenggara aset-aset berkenaan.  Senarai penyerahan gelanggang futsal adalah seperti yang berikut:

    Bil Lokasi Status Tanah Pembinaan Di Bawah Projek Catatan Status
    1. Jalan Dato’ Dagang 17A, Taman Sentosa (Lot 55037) Kawasan Lapang MBI (2013) Di dalam taman-taman perumahan Permohonan kelulusan Kos Baik Pulih telah dikemukakan ke Seksyen sektoral pada 25 Februari 2015
    2. Pekan Meru Klang (Lot 51) Kawasan Lapang MBI (2013) Di dalam taman-taman perumahan Telah diserah kepada MPK pada 3 November 2014
    3. Padang Awam, Taman Klang Utama Kawasan Lapang PDTK (2008) Di dalam taman-taman perumahan Permohonan kelulusan kos baik pulih telah dikemukakan ke Seksyen Sektoral pada 25 Februari 2015
    4. Padang Awam, Bandar Sultan Sulaiman Kawasan Lapang PDTK (2008) Di dalam taman-taman perumahan Permohonan kelulusan kos baik pulih telah dikemukakan ke Seksyen Sektoral pada 25 Februari 2015
    5. Padang Awam, Taman Sri Kerayong Kawasan Lapang PDTK (2008) Di dalam taman-taman perumahan Permohonan kelulusan kos baik pulih telah dikemukakan ke Seksyen Sektoral pada 25 Februari 2015
    6. Taman Shah Bandar Off Jalan Kg. Jawa (Lot 65496) Kawasan Lapang PDTK (2012) Di dalam taman-taman perumahan Dalam tindakan Pewartaan PDTK
    7. Padang Rakan Muda, Lorong Sri Sarawak, Taman Sri Andalas (Lot 40732) Kawasan Lapang PDTK (2012) Di dalam taman-taman perumahan Dalam tindakan Pewartaan PDTK

Lampiran

Tiada Lampiran.