Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

204) STATUS KAD PEDULI SIHAT DAN KISS

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Program Kebajikan Rakyat - Kad Peduli Sihat dan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)?

    Program Skim Peduli Sihat telah diteruskan semula pada 1 Jun 2019. Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 10/2019 dan disahkan pada Mesyuarat MMKN ke 11/2019 telah bersetuju menghadkan bilangan penerima manfaat kepada 65,000 kad sahaja dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM32.5 juta bagi proses pengemaskinian tersebut.

    Jumlah penerima Peduli Sihat sebelum penjajaran adalah sebanyak 392,798 kad dan selepas proses pengemaskinian dilakukan, hanya 86,004 kad sahaja yang memenuhi kriteria baru. Walaubagaimanapun, berdasarkan sistem kuota yang ditetapkan, sebanyak 55,277 kad sahaja telah diaktifkan.

    Bagi Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), yang telah melalui proses penjajaran dari 15 Jun hingga 15 Julai 2019 yang lalu, seramai 11,462 orang golongan ibu telah berjaya dipilih untuk meneruskan manfaat KISS dari program ini dengan nilai bantuan yang sama iaitu sebanyak RM200.00 sebulan.

     

    Kedua-dua manfaat ini telah diteruskan kepada para penerima yang memenuhi kriteria asas yang telah ditetapkan dan melalui proses saringan semak silang menggunakan data penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional iaitu Sistem eKasih.

Lampiran

Tiada Lampiran.