Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

189) STATUS KEM GHAFAR BABA (KGB)

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. KGB yang sudah siap secara fizikal pada 2017 telah diserahkan kepada SUK untuk diserahkan kepada MPAJ. Seterusnya MPAJ diarahkan memasang kelengkapan dalaman bagi kemudahan orang ramai. Nyatakan secara terperinci segala aktiviti dan transaksi kewangan sepanjang Januari 2018 hingga Disember 2019.

    Pengurusan dan penyelenggaraan KGB telah diserahkan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Susulan itu, MPAJ telah melantik syarikat pembersihan dan syarikat kawalan keselamatan tanpa senjata bagi memastikan bangunan ini dijaga dan diselenggara dengan baik. Buat masa kini, semua aktiviti penggunaan di KGB adalah terdiri daripada program jabatan dalaman MPAJ sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.