Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

50) STATUS KERJA-KERJA PEMULIHAN PEMBINAAN BANGUNAN DI PERSIARAN BUKIT RAJA 2, BUKIT RAJA, MUKIM KAPAR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status kerja-kerja pemulihan pembinaan bangunan di persiaran Bukit Raja 2, Bukit Raja, Mukim Kapar telah terbengkalai selama 19 tahun sejak tahun 1997?

    Bangunan ‘terbengkalai’ di Persiaran Bukit Raja 2, merupakan (Cadangan sebuah Hotel 24 tingkat di atas Lot H.S (M) 14957 (P.T 21444) Persiaran Bukit Raja 2, Mukim Kapar, Selangor Darul Ehsan oleh [Tetuan Dwelling Makers Sdn. Bhd. (Anak syarikat kepada Tetuan Acmar International Group)].

     

    Projek ‘terbengkalai’ ini telah dijalankan semula. Pihak pemaju telah mendapatkan kelulusan pelan pindaan pada 02/03/2014 dan memajukan Borang B (Perakuan untuk memulakan kerja semula ) pada 01/12/2014. Majlis telah memantau kemajuan projek ini secara bulanan di mana pihak perunding akan memajukan status kemajuan kerja bulanan kepada Majlis. Sehingga 22/02/2016 kemajuan kerja ditapak 65% dengan kelewatan kerja sebanyak 3%.

Lampiran

Tiada Lampiran.