Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

186) STATUS KEWANGAN PBT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status kewangan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor?

    Secara keseluruhanya status kewangan PBT Negeri Selangor adalah berada di keadaan yang baik dengan jumlah rizab RM994.04 juta pada tahun 2018. Rizab diperolehi dengan mengambil kira jumlah kesetaraan tunai ditolak dengan tanggungan semasa jangka pendek bertujuan bagi melihat kedudukan tunai PBT. Butiran terperinci rizab tunai PBT Negeri Selangor bagi tempoh 2017 dan 2018 adalah seperti di Jadual Berikut;

    PBT Rizab Tunai

    Tahun 2014

    (RM JUTA)

    Rizab Tunai

    Tahun 2015

    (RM JUTA)

    Rizab Tunai

    Tahun

    2016

    (RM JUTA)

    Rizab Tunai

    Tahun

    2017

    (RM JUTA)

    Rizab Tunai

    Tahun

    2018

    (RM JUTA)

    MBSA 370.84 401.13 454.81 303.35 356.64
    MBPJ 415.17 411.21 360.08 98.43 31.08
    MPK 28.86 82.89 176.15 90.34 113.82
    MPAJ 92.87 107.91 90.73 36.37 27.00
    MPSJ 128.49 102.52 120.70 (4.40) (9.64)
    MPS 44.77 70.52 150.54 29.87 37.01
    MPKj 172.84 207.50 264.68 73.91 92.05
    MPSP 133.04 192.29 250.40 177.14 222.82
    MDKL 28.77 35.03 47.42 41.06 62.26
    MDHS 16.32 43.88 56.83 56.26 58.13
    MDKS (8.05) 12.16 13.12 (64.55) 2.52
    MDSB 9.40 5.58 4.85 1.18 0.35
    JUMLAH 1,433.32 1,672.62 1,990.31 839.96 994.04

     

Lampiran

Tiada Lampiran.