Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

199) STATUS KEWANGAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan status kewangan Yayasan Selangor dari tahun 2008 hingga kini.

    Kedudukan tunai & simpanan tetap Yayasan Selangor adalah seperti berikut

    Tahun Simpanan

    Tetap

    (RM’juta)

    Tunai (RM’juta) Jumlah (RM’juta)
    Mei 2011 45.06 10.82 55.08
    Laporan Audit 2010 42.00 15.69 57.69
    Laporan Audit 2009 38.86 22.00 60.86
    Laporan Audit 2008 18.90 26.65 45.55

    Dari tahun 2008 sehingga Mei 2011, YS komited dalam menguruskan aliran tunai. Lebihan tunai yang ada akan dilaburkan dalam simpanan tetap. Ini dapat dilihat melalui trend peningkatan simpanan tetap. Untuk tempoh 5 bulan pertama 2011, YS mencatatkan peningkatan sebanyak 7% dalam simpanan tetap jika dibandingkan dengan tahun 2010 sebanyak  8% (untuk tempoh 12 bulan).

    Keputusan Penyata Pendapatan yang dicatatkan oleh Yayasan Selangor adalah seperti berikut:

    Tahun Lebihan/ (Kurangan) (RM’juta)
    Sehingga Mei 2011 1.32
    Laporan Audit 2010 (5.09)
    Laporan Audit 2009 18.69
    Laporan Audit 2008 127.6

    Nota:  Penyata Pendapatan YS bagi tempoh berakhir 31 Mei 2011, menunjukkan lebihan pendapatan sebanyak RM1.32juta (Sehingga Mei 2010:RM0.88juta). Peningkatan sebanyak 50% dalam lebihan pendapatan adalah disebabkan oleh sikap berhati-hati pihak pengurusan dalam berbelanja,di mana setiap perbelanjaan dipantau bagi memastikan tidak berlakunya pembaziran.

Lampiran

Tiada Lampiran.