Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

71) STATUS KOLABORASI PROGRAM SMART SELANGOR DENGAN PIHAK SWASTA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini selepas peringkat penghantaran 'Expression of Interest' (EOI) kepada Smart Selangor Delivery Unit pada bulan Mac 2019?

    Selepas proses Expression of Interest (EOI) Smart Selangor Delivery Unit pada bulan Mac 2019, pihak SSDU telah meneliti semua kertas cadangan daripada pihak yang berminat dan yang telah mengemukakan cadangan. Daripada 267 syarikat yang telah menghantar kertas cadangan tersebut, 50 syarikat telah dipelawa untuk menyertai proses Request For Quotation (RFQ) dan Request For Proposal (RFP) untuk projek-projek Smart Selangor yang dibangunkan pada tahun 2019 seperti Smart Selangor Big Data Analytics, Smart Recycling, Smart Street Lamp, Selangor Wide Area Network dan Smart Selangor Command Centre. Selebihnya akan dijemput untuk menyertai proses RFQ dan RFP yang akan dilaksana pada tahun 2020, tertakluk kepada kelulusan bajet dan projek yang hendak dilaksana.

Lampiran

Tiada Lampiran.