Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

82) STATUS KUIL HINDU DI PANTAI REMIS SG. SEMBILANG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kewujudan dua buah kuil Hindu sejak tujuh tahun lalu di rizab hutan pantai Remis, Sg. Sembilang, Jeram telah menimbulkan masalah, bantahan dan sensitiviti kurang menyenangkan penduduk tempatan. Kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan lalu memberi arahan kepada Jabatan Perhutanan Selangor untuk melaksanakan kerja-kerja merobohkan dua buah kuil hindu yang didirikan tanpa sebarang kebenaran di Hutan Simpan Kapar, Sg. Sembilang, Kapar, Daerah Kuala Selangor. Kerajaan negeri baru-baru ini membentuk satu jawatankuasa yang turut disertai badan agama (NGO) bagi melakukan kajian teliti ke atas tapak rumah ibadat bukan Islam. Apakah status terkini dua buah kuil di Pantai Remis, Sg. Sembilang yang masih belum dirobohkan lagi?

    Kuil Arulthiru Sri Gangatharadan Kuil Arulmigu Sri Maha Karuppayah adalah kuil yang dibina tanpa kebenaran di dalam kawasan Hutan Simpan Kapar yang merangkumi keluasan seluas lebih kurang 2.7ha. Kuil Arulthiru Sri Gangathara adalah yang mempunyai struktur bangunan kuil manakala Kuil Arulmigu Sri Maha Karuppayah adalah berbentuk pondok yang letaknya di bawah pokok. Kuil-kuil ini yang letaknya di kawasan persisiran pantai Hutan Simpan Kapar, Pantai Remis telah bina hampir melebihi 10 tahun dahulu. Sehingga ini pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah mengeluarkan tiga (3) notis perintah keluar dan mengosongkan binaan dari kawasan Hutan Simpan Kapar kerana telah melanggar Seksyen 32 (1) dan 81(e) Akta Perhutanan Negara 1984. Notis perintah keluar yang terakhir di keluarkan kepada pihak Kuil Arulthiru Sri Gangathara pada 19 Jun 2007 untuk diambil tindakan penguatkuasaan meroboh kuil tersebut bersama-sama dengan pihak Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor yang mana selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri melalui MMKN ke 11/2007 yang bersidang pada 18 April 2007. Tindakan meroboh bagaimana pun telah ditangguhkan atas rayuan mendapatkan tapak ganti yang perlu dikenal pasti oleh Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor. Tindakan meroboh telah ditangguhkan juga atas keputusan supaya semua isu kuil Hindu yang dibina tanpa kebenaran perlu dirujuk semula ke Jawatankuasa Penyelaras Bangunan Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor
    yang mana pada Mesyuaratnya ke Bil. 212007 telah memutuskan sebarang
    tindakan meroboh hendaklah dirujuk dahulu kepada Y.B. Puan Kamalam A/P Annasamy bagi membincang dan menangani perkara ini.