Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

217) Status Ladang Dusun Durian

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan Negeri Selangor memalui EXCO pembangunan luar bandar berkaitan dengan status Ladang Dusun Durian serta penduduknya untuk menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai? Kenapa pemaju era permai tidak ditamatkan kontrak kerana engkar dengan perjanjian?

    Untuk makluman Yang Berhormat, projek Ladang Dusun Durian merupakan tanah milik Golden Hope Plantation Berhad dan telah diserahbalik kepada kerajaan dengan tujuan pemberimilikan kepada pekerja-pekerja ladang bagi mendirikan rumah kediaman. Sebanyak 109 pekerja ladang telah memperolehi hakmilik individu dan telah menandatangani Perjanjian Pembinaan (Construction Agreement) danSurat Kuasa Wakil (Power Attorney) dengan Era Permai Sdn Bhd selaku pemaju. Kerja-kerja awal ditapak bermula pada pertengahan tahun 2006. Walaubagaimanapun pemaju memaklumkan syarikatnya mengalami masalah kewangan untuk menyiapkan projek disebabkan masalah pembeli mendapatkan pembiayaan daripada bank.

    Susulan daripada aduan yang diterima daripada Y.B EXCO Pembangunan Luar Bandar, pihak Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS)telah mengadakan mesyuarat bersama semua agensi berkepentingan, pemaju dan pembeli yang telah dipengerusikan oleh mantan Y.B EXCO Perumahan Dan Kehidupan Bandar pada 26 Julai 2019yang telah membuat keputusan berikut:

    1. Pemaju dikehendaki untuk membina satu jenis rumah sahaja bagi keseluruhan pembangunan pada harga jualan RM70,000.00 sehingga RM80,000.00 seunit ;ATAU
    2. Pemaju membina 3 jenis rumah bagi keseluruhan pembangunan dengan harga seperti berikut:

     

    Susulan keputusan yang dibuat, pada 24 Disember 2019 pemaju telah mengemukakan cadangan untuk mengubah pindaan harga dan komponen ekoran berlakunya kenaikan kosseperti berikut:

    Sehingga kini, tiada kata sepakat mahupun penyelesaian berhubung cadangan pemulihan projek ini diantara pemilik dan pemaju. Status di tapak projek juga masih terbengkalaidan terbiar. Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan usaha-usaha perbincangan serta rundingan bersama semua pihak terlibat dari masa ke semasa bagi mencari jalan penyelesaian dan kaedah terbaik untuk memulihkan projek ini.

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum, ikatan kontrak diantara pemilik tanah dan pemaju bagi projek Ladang Dusun Durian ini adalah melalui Perjanjian Pembinaan (Construction Agreement) danSurat Kuasa Wakil (Power Attorney). Sekiranya berlaku kemungkiran dengan kegagalan pelaksanaan mana-mana pihak di bawah perjanjian tersebut, pihak-pihak yang berkontrak iaitu pemilik tanah atau kontraktor boleh menamatkan perjanjian yang ditandatangani.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.